Thursday, May 04, 2006

Pentingkan Bersyukur "Grateful"

Pada zaman dahulu kala, ada sebuah kerajaan yang diketuai oleh seorang raja yang suka berburu. Baginda sangat suka berburu tak kira di mana pelusuk rantau, baginda akan pergi berburu. Sudah kebiasaan baginda akan membawa beberapa orang mengikut dan beberapa penasihat baginda. Diantara penasihat-penasihat tersebut terdapat seorang penasihat yang alim. Penasihat yang alim tersebut sentiasa menyuruh orang-orang disekeliling baginda supaya bersifat syukur kepada tuhan tidak kira apa jua keadaan samada semasa ditimpa kesusahan ataupun dikala mendapat kegembiraan.

Pada suatu hari baginda ingin berburu lagi. Pada hari tersebut baginda telah membawa bersama-sama penasihat baginda yang alim tersebut. Semasa berburu tiba-tiba suatu bencana telah berlaku kepada baginda. Baginda telah telah terpijak sebuat perangkap samar dimana mengakibatkan kedua-dua jari tangan baginda telah terpotong. Dari hari tersebut baginda sangat berdukacita dan sentiasa mengenang malam yang menimpa baginda. Baginda memanggil penasihat - penasihat baginda untuk menanya apa yang perlu baginda lakukan dalam keadaan baginda yang cacat ini.

Beberapa penasihat lain hanyalah bersimpati dan mengutuk perangkap yang telah menyebabkan kedua jari tangan baginda terputus. Penasihat - penasihat lain menyokong apabila baginda mengutuk tuhan kerana memberi balasan yang tidak sepatutnya baginda terima. Apabila baginda bertanya dengan penasihat yang alim tersebut, penasihat tersebut terus berkata sepatutnya baginda bersyukur dengan musibah yang menimpa baginda, mungkin ada hikmah disebalik kejadian tersebut. Baginda amat murka dengan jawapan yang diterima daripada penasihat tersebut....

Oleh kerana kemurkaan baginda dengan nasihat si alim ini, penasihat tersebut dijatuhkan hukuman penjara beberapa tahun. Pada suatu hari, keadaan baginda sudah pulih seperti biasa. Walaupun keadaan cacat tangan baginda, baginda sekali lagi ingin berburu. Kali ini baginda seperti biasa membawa angkatan buruan bersama-sama dengan penasihat-penasihat baginda yang lain. Namun nasib malang baginda sekali lagi menimpa. Kali ini lebih dahsyat sekali. Baginda telah dikepung dengan orang-orang asli yang sangat primitif. Orang-orang asli ini buat sahaja menakutkan tetapi mereka adalah orang yang sanggup memakan daging manusia
sebagai makanan mereka. Perasaan sangat cemas baginda sangat membuak-buak. Kesemua pengikut-pengikut baginda dan penasihat-penasihat baginda telah disembelih dan dimasukkan kedalam periuk untuk dibuat lauk puak asli ini.

Apabila tiba giliran baginda tiba-tiba puak asli ini tidak jadi menangkap baginda. Pada mereka baginda bukanlah makanan yang enak disebabkan keadaan jari baginda yang tidak sempurna. Mereka takut kecacatan baginda akan mengakibatkan penyakit kepada mereka. Oleh kerana itu mereka membuat keputusan untuk membebaskan baginda seorang. Kesemua pengikut-pengikut baginda yang lain telah habis dimakan oleh puak tersebut. Baginda menangis
teresak-esak dan bergegas lari sehinggalah sampai ke negara baginda.

Apabila baginda sampai di negara baginda tiba-tiba baginda terjumpa penasihat baginda yang alim tersebut. Kebetulan penasihat tersebut telah dibebaskan dari penjara setelah tamat tempoh hukuman baginda. Baginda pun menceritakan peristiwa yang mengerikan itu kepada penasihat yang alim tersebut dan memeluk beliau kerana memberi nasihat yang baik kepada baginda. Baginda sepatutnya bersyukur dengan nasib malang yang menimpa baginda sebelum ini kerana jika tidak kerana jari baginda yang terpotong itu sudah pasti bagindapun akan mati bersama-sama dengan pengikut baginda yang lain.

Tiba-tiba penasihat itu pun menangis teresak-esak dan baginda sangat terkejut dan bertanya mengapa penasihat yang alim itu menangis. Penasihat itu pun berkata alangkah dia terasa dan sentiasa berkata di dalam hatinya mungkinkan dia tersilap selama ini kerana memberikan nasihat tersebut kepada baginda supaya sentiasa bersyukur tidak kira apa jua keadaan dan
ketika. Katanya beliau tidak bersyukur kerana dimasukkan ke dalam penjara. Kerana katanya kalaulah baginda tidak memenjarakan beliau sudah tentu beliau akan mati seperti pengikut-pengikut yang lain!.

Wednesday, May 03, 2006

Are you eager to get more money? Beware!

The following suggestion or guideline from FTC is very good to follow. Consider these seven tips when you make your decision:
  1. Avoid any plan that includes commissions for recruiting additional distributors. It may be an illegal pyramid.
  2. Beware of plans that ask new distributors to purchase expensive inventory. These plans can collapse quickly and also may be thinly disguised pyramids.
  3. Be cautious of plans that claim you will make money through continued growth of your "downline" -- the commission on sales made by new distributors you recruit rather than through sales of products you make yourself.
  4. Beware of plans that claim to sell miracle products or promise enormous earnings. Just because a promoter of plan makes a claim doesn't mean it's true! Ask the promoter of the plan to substantiate claims with hard evidence.
  5. Beware of shills -- "decoy" references paid by a plan's promoter to describe their fictional success in earning money through the plan.
  6. Don't pay or sign any contracts in an "opportunity meeting" or any other high-pressure situation. Insist on taking your time to think over a decision to join. Talk it over with your spouse, a knowledgable friend, an accountant or lawyer.
  7. Do your homework! Check with you local Better Business Bureau and ...??? especially when the claims about the product or your potential earnings seem too good to be true.