Wednesday, March 22, 2006

Seekor Lalat

Saya sedang duduk di sebuah bilik yang sunyi di Maycrofin, sebuah tempat yang aman dan tenteram yang dikelilingi pohon-pohon pain yang rendang, lebih kurang satu jam ke bandar raya Toronto. Waktunya tengahari pada penghujung bulan Julai. Saya terdengar suatu bunyi perjuangan hidup dan mati yang sedang berlangsung di hujung sebuah jendela tidak berapa kaki dari sini. Ada seekor lalat kecil yang sedang membakar sisa-sisa tenaganya dalam suatu usaha sia-sia untuk menembusi cermin tingkap tersebut. Bunyi kepak kecilnya menceritakan starategi lalat itu; "Cuba lebih gigih lagi, malangnya tidak berhasil". Usahanya yang getir itu tidak menawarkan sebarang harapan untuk berjaya. Anehnya perjuangan tersebut merupakan sebahagian dari jeratnya. Mustahil bagi lalat itu mencuba labih kuat lagi untuk berjaya memecahkan cermin kaca tingkap tersebut!. Walau bagaimanapun serangga kecil itu telah bergadai nyawa untuk mencapai matlamatnya melalui tenaga mentah dan kesungguhannya. Lalat tersebut terjerat dan akan mati di tepi jendela itu.

Sepuluh langkah di sebelah sana bilik itu , pintu terbuka luas. Hanya sepuluh saat masa pernerbangan dapat menemukan haiwan kecil itu dengan dunia luar yang dicari-carinya. Menggunakan hanya sebahagian sahaja tenaga yang sedang dibazirkan, boleh membebaskan ia dari perangkap yang disediakannya sendiri. Kemungkinan menebusi di sebelah sana itu ada, ianya sungguh mudah. Mengapa lalat itu tidak mencuba jalan yang lain? Sesuatu yang amat berlainan? Mengapa fikirannya terbuntu dengan hanya memikirkan hanya jalan ini sahaja yang dapat menjanjikan kejayaan? Apa logiknya? Mustahil baginya menembusi cermin tingkap tersebut. Dimaklumkan hanya jalan itu sahaja yang memberi makna kepada lalat tersebut, akan tetapi ini adalah satu pemikiran yang boleh membunuh.

Mencuba lebih gigih bukan seharusnya satu penyelesaian untuk mencapai sesuatu yang lebih, kadangkala ianya ternyata merupakan suatu masalah besar. Ia mungkin tidak dapat menemui kejayaan hidup.

Petikan dari En. Praise Pritcher.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home